Bagaimana Dengan Wanita Yang Cintakan Coklat, 9 Kelebihan Yang Ramai Wanita Tidak Tahu!

Bagaimana Dengan Wanita Yang Cintakan Coklat, 9 Kelebihan Yang Ramai Wanita Tidak Tahu!

Oleh : Muhammad Azim Zainudin pengusaha KokoAsia -

Mei 20, 2020


Sememangnya wanita amat gemarkan coklat, sudah lumrah tidak dapat lagi di pisahkan ibarat alat solek, gincu dan bedak.

Namun ramai wanita di luar sana beranggapan bahawa coklat boleh mendatangkan keburukan.

Gemuk? Kencing manis? Kencing tikus? Kena kencing? Alasannya sebab coklat itu manis.

Memang benar jika anda makan secara berlebihan, tidak terkawal, mesti berpada-pada jangan hendak cari duda aja. Eh! Silap taip pula.

Sebenarnya anda tidak perlu risau dan takut  pun apabila menikmati coklat bahkan coklat menyihatkan.

Lebih-lebih lagi jenis coklat gelap atau ‘dark chocolate’.

Mengikut kajian coklat yang sihat ialah coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% koko, biasanya ia dark chocolate! Menurut Women’s Health Magazine

Jom kita baca-baca satu persatu.

Antaranya:

1. Mengurangkan Berat Badan!

Yang ini mesti ramai wanita tersenyum, ia kan? Malulah tuu, merah muka nampak. Hehe

Makan coklat boleh kurus? Biar betul!

Kajian di University of Copenhagen mendapati dark chocolate mengenyangkan dan beri lebih rasa kepuasan berbanding coklat biasa.

Maka, makan dark chocolate akan buat kita rasa kurang mengidam makanan manis, masin atau berlemak.

Jadi, dengan mengamalkan makan dark chocolate akan buat lebih berdisiplin untuk makan dalam saiz yang kecil, dan tak terpesong dari diet yang sihat.


2. Jantung Yang Sihat!

Ya, benar! Kajian terkini mendapati bahawa coklat gelap sangat bagus untuk kardiovaskular!

Nah ambil! Di dalam satu kajian selama 9 tahun (lama betul kajian dia) di Sweeden ke atas 31,000 wanita mendapati, wanita yang makan 1-2 hidangan coklat gelap setiap minggu boleh mengurangkan 1/3 daripada risiko kegagalan jantung.

Kan dah kata, satu lagi kajian di Jerman mendapati, 1 bar coklat setiap hari boleh merendahkan tekanan darah, mengurangkan risiko serangan jantung dan strok sehingga 39%!

Kredit kepada flavonoids, komponen antioksidan yang meningkatkan fleksibiliti pembuluh vena dan aorteri darah.


3. Anak Yang Lebih Ceria!

Ibu-ibu mengandung yang menikmati coklat setiap hari sepanjang kehamilan dilaporkan boleh mengawal tekanan lebih baik, berbanding ibu hamil yang tak makan coklat.

Itu dia, satu kajian di Finnish mendapati bayi kepada ibu-ibu hamil yang makan coklat lebih ceria dan selalu senyum! Senyum kan sedekah.


4. Mengelakkan Kencing Manis (Diabetes)

Tengok ni dalam satu kajian di Itali, peserta yang makan coklat sekali sehari selama 15 hari mendapati, rintangan insulin dalam badan mereka berkurangan hingga separuh.

Ini kerana, Flavonoids meningkatkan penghasilan Nitrik Oksida yang membantu mengawal kadar sensitiviti insulin.


5. Mengurangkan Tekanan!

Anda serabut? Stress? Tidak mengapa kerana kajian Saintis dari Swiss mendapati bahawa, apabila orang yang terlalu gelisah makan coklat (1.5 oz dark chocolate) setiap hari selama 2 minggu, paras hormon tekanannya semakin berkurangan.

Jadi, jika putus cinta-cintun, makan 1 bar dark chocolate jauh lebih baik daripada sepotong ais krim (makan ais krim sengal gigi tau)!


6. Pelindung Matahari!

Baru-baru ini penyelidik di London menguji flavanol coklat sebagai agen pelindung matahari.

Selepas 3 bulan makan coklat yang mengandungi paras flavanol yang tinggi, kulit kepada peserta kajian mereka tidak mudah menjadi merah terbakar, iaitu kesan terbakar apabila terkena cahaya matahari.

Sebaliknya, peserta yang makan coklat kurang flavanol tidak mendapat efek pelindung matahari yang sama. Jadi, carilah jenama coklat yang mempunyai kandungan flavanol yang tinggi, lagi-lagi coklat kovertur (kandungan mentega koko yang asli)!


7. Intelektual Yang Tinggi!

Makan coklat juga boleh bantu kuatkan tenaga segera minda (fikiran cerdas).

Penyelidik di University of Nottingham mendapati minuman coklat yang kaya dengan flavanol akan beri tenaga segera aliran darah kepada bahagian utama di dalam otak selama 2 hingga 3 jam, yang mana akan meningkatkan prestasi otak dalam jangkamasa pendek.

Penyelidik di Oxford University dan Norway pula membuat kajian efek jangkamasa panjang coklat kepada otak, ke atas lebih 2,000 individu berusia lebih 70 tahun.

Kajian mendapati, mereka yang mengambil coklat tinggi flavanol, wine atau teh mendapat markah lebih tinggi berbanding mereka yang tak mengambilnya.


8. Melegakan Batuk!

Seperti ubat ibu dan anak, memang kajian mendapati coklat melegakan batuk, hampir sama fungsi seperti codeine.

Ini adalah disebabkan oleh kandungan theobromine di dalamnya yang bukan sahaja bertanggungjawab memberi rasa sedap kepada coklat, malah mengurangkan aktiviti vagus nerve di dalam otak.

Menurut Maria Belvisi, seorang Profesor Farmakologi Respirasi di National Heart and Lung Institute di London, Theobromine tiada efek negatif.

Sebaliknya, Codeine membuatkan kebanyakan orang rasa mengantuk, lesu dan semestinya tidak sesedap rasa coklat!


9. Melegakan Cirit-Birit (Diarrhea)!

Aduh! Sakitnya perut. Tidak mengapa menurut sejarah masyarakat Amerika Selatan dan Eropah, pada abad ke-16, mereka menggunakan koko untuk merawat diarrhea.

Para saintis di Children’s Hospital Oakland Research Institute mendapati, flavonoids di dalam koko mengikat protin yang mengawal penguraian cecair di usus kecil, seterusnya menghentikan aktiviti cirit-birit tersebut.

Sumber: Women’s Health.

Bermanfaat! Sila suka, komen dan kongsi.

Dengan ini lebih bermakna dan memberi semangat untuk saya berkarya lagi. Senyuman bibir mekarmu semanis coklat.

"SAAT INDAH BERSAMA"
         KokoAsia



Ulasan